Saturday, November 21, 2009

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Untuk Perhatian: YANG BERBAHAGIA PENGERUSI SOKKA GAKAI, MALAYSIA

PROPOSAL
PAMERAN LUKISAN 4 PELUKIS
[3 PELUKIS MALAYSIA + 1 PELUKIS CHINA]
DI GALERI SOKKA GAKAI, JALAN BUKIT BINTANG, 55000 KUALA LUMPUR

Daripada daengramliakil@yahoo.com.
[radenmassyahid.blogspot.com.]

1.0 MUKADIMAH
Sejak belakangan ini, pameran seni lukisan mendapat sambutan yang agak bagus, terbukti, apabila wartawan Berita Harian dan The New Straits Times memaparkannya menerusi rencana dalam akhbar dari semasa ke semasa. Suasana ini penting untuk pembinaan semula budaya kesenian, asas tamadun dan kecintaan manusia kepada nilai-nilai murni kesejagatan supaya kita terselamat daripada sebarang bala’ Allah.

2.0 OBJEKTIF
1. Mengajak khalayak menikmati seni catan yang mampu menjadi alat terapi jiwa
2. Menyatupadukan manusia yang berlainan agama dengan minat yang serupa pada seni catan
3. Mengangkat martabat Malaysia ke persada dunia menerusi bidang kesenian iaitu gabungan seni Islam dan seni berasaskan Buddha.
4. Membuka ruang pemikiran peminat seni terhadap seni lukis keagamaan iaitu seni Islam tidak semestinya kaligrafi, demikian jugalah lukisan berunsur Buddha, sebaliknya, nilai universal dipilih.

3.0 RASIONALISASI
SOKKA GAKAI merupakan galeri paling berkesan di Malaysia untuk mengenengahkan pembaharuan dalam dunia seni lukis di Malaysia dan galeri ini sentiasa mendapat perhatian pelbgai pihak di Malaysia mahupun di Eropah, Amerika Syarikat serta di negara-negara maju.
4.0 TEMA
Unik, Antarabangsa & Indah [Unique, Internationally & Beautiful]

5.0 KONSEP
Islam & Buddha [bukan campuran tetapi hadir bersama-sama]



6.0 LUKISAN/KARYA
6.1 Tajuk Media Kuantiti
6.1.1 Life: Siri: Kanvas + Dakwat 10
6.1.2 The Story of Clouds: Siri Paper canvas + soft pastel 10
6.1.3 Life After Death Mix media on canvas 10
6.1.4 Water colour on paper: Buddhisme 10
6.1.5 Oil paintings 10

Jumlah:/anggaran: 50 buah [ketentuan oleh SOKKA GAKAI]
6.2 Saiz:
6.2.1 4’ x 5’
6.2.2 2’ x 4’
6.2.3 29” x 38”
6.2.4 32” x 52”

7.0 TARIKH
[Pilih untuk kelulusan SOKKA GAKAI]
1 hingga 13 Januari 2010 [ ]
1 hingga 13 Februari 2010 [ ]
14 hingga 27 Februari 2010 [ ]

8.0 JUALAN DAN KOMISYEN
8.1 Harga lukisan kami tetapkan antara RM3,000 hingga RM30,000 sebuah
8.2 Disebabkan projek ini lebih bersifat sosial dan kebajikan, iaitu tiada yuran atau bayaran tempat, maka, 30% daripada harga jualan setiap lukisan akan didermakan kepada SOKKA GAKAI.
8.3 Bayaran setiap lukisan mestilah kepada Yee Wen, Teo [pelukis/wakil ]
e-mel: wenwenteo@yahoo.com
a/c Public Bank 4378-6225-04


9.0 PELUKIS
9.1 Ramli Mat Akil [Daeng Ramliakil@ Raden Syahid] B.Edu [Hons.] UPM, MA Cand.[UM]http://www.radenmassyahid.blogspot.com. http://www.daengramliakil.blogspot.com http://yeewenteo.blogspot.com

9.2 Yee Wen, Teo, B.Sc Nutrition.[Hons.] Leeds, wenwenteo@yahoo.com
9.3 Jern Foong, Teo, STPM 2008, candidate[Wimbledon University, UK year 2010]
mocoohay_89@yahoo.com
9.4 Yu Jie, artis [graduan Universiti Chang Chun, Jilin, China [menetap di Kuantan]




10.0 PENGALAMAN

Cikgu Ramli berpengalaman menjadi guru kerajaan selama 17 tahun – guru kanan seni lukis, kreatif dan bahasa Melayu – berikutnya mengusahakan kelas tuisyen seni lukis, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu [1984-1994], wartawan Utusan [1994], pengarang, pelukis, penulis skrip, kaunselor, pengajar tuisyen, penyelidik dan pelajar sambilan/siswazah. Pernah mengadakan pameran lukisan di Johor Bahru lebih daripada 10 kali di Johor Bahru/Johor [1975-1976], tiga kali di Raub [1977-1979], sekali di Shah Alam [1994] dan empat kali di Kuantan [1987-2009]. Pembeli lukisannya berada di Johor, Kuala Lumpur, Kuantan, Melaka dan Nigeria [Afrika], antaranya Yayasan Pahang, Menteri Besar Pahang/Barisan Nasional Pahang, pensyarah universiti, Presiden Penulis Nasional Malaysia [Dato’Baha Zain] dan Muzium Seni Pahang.
Yee Wen dan adiknya, Jern Foong merupakan pelajar seni lukis yang belajar daripada pelukis sepenuh masa di Kuantan, Goh. Yee Wen dan Jern Foong pernah mengadakan pameran lukisan empat kali di Kuantan [2000 – 2009] dan pernah memenangi hadiah seni lukis. Pada Oktober 2009, bersama pelukis Pahang mereka menyertai pameran anjuran TV3 dan mendapat tawaran pameran lukisan pada 8 November 2009 [sebulan] di Medan, Indonesia. Lukisan mereka juga diterima oleh Muzium Seni Pahang yang akan dibuka pada penghujung Disembr 2009.
Yu Jie ialah pelukis China yang menetap di Kuantan, berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan Lukisan, Jilin, menjadi peniaga dan berpengalaman mengadakan pameran lukisan di Sokka Gakai, Perak dll.

11.0 HARAPAN
Pihak SOKKA GAKAI meluluskan permohonan ini dan jika tarikh serta tempoh masa kurang sesuai, pihak galeri berhak menyesuaikannya.

12.0 KESIMPULAN
Kami amat yakin projek ini amat berguna dan boleh menjadi ‘turning point’ untuk memupuk perpaduan manusia yang berlainan agama serta kaum.

• CONTOH LUKISAN BOLEH DIRUJUK DALAM BLOG:
www.radenmassyahid.blogspot.com
www.daengramliakil.blogspot.com
www.flickr.com photostream
www.yeewenteo.blogspot.om


* dan diemelkan

No comments:

Post a Comment