Friday, October 16, 2009

Puisi Yee Wen 16
14 Okt.2009 Rabu 6.34, 6.40

Kehidupan yang diteruskan, nafas kejujuran
Melihat langit luas dengan mata hati keimanan
Dan, teka-teki jadi teka nyata
Diri terapung sebalik kuasa Ilahi jua.

Katanya, dia tiba diapung keriangan
Hati yang bahagia, amat luas lautan ketenangan
Diri yang dicari, dicari jua hingga temui
Alam ilusi dan ruh pun di titian ilusi.

Dengan rupa, jua cahaya
Dengan mata, mencari diri
Dan Ilahi yang jadi saksi kuasa-Nya
Maha luas terbentang
Dunia nyata teramat kerdil
Diri ‘hu’ yang rahsia-Nya menerima.

Sore yang membentangkan diri di langit nan tinggi
Warna-warni kekuningan dibauri keputihan dan biru yang lesu
Melihat kejadian diri, rupa dan kuasa, jua amanah-Nya.

Pabila tersuara, Ilahi mendidik diri ini
Keegoan yang teramat lama menggunung
Diri jadi pilu, lesu mengira waktu kembara cahaya keimanan
Yang jadi jaminan sesiapa yang pernah bernyawa
Bahagia di mana-mana, di mana-mana
Bahagia yang tak terbeli walau emas berjuta gunungan.

Diri melihatnya di kejauhan yang mendekat
Kata Ilahi, biarkan di situ dahulu, biar suci
Andai hati hanya puja diri, neraka yang menanti
Bukan syurgawi
Diri hanya mahu memberi syurgawi, hanya syurgawi sejati.

daengramliakil@yahoo.com
akademi pengajian melayu, universiti malaya
14.10.2009

No comments:

Post a Comment