Thursday, September 3, 2009

Cerita Yee Wen 10

Langit basah sejuk, diri tercari cara
memujuk hati menyiapkan tugasan
yang jadi bukti mereka untuk percaya
lukisan demi lukisan, 60 terhasil
langit tawar diri jadi model, angin jua
masing-masing kasihan diri ini jadi kuda
jadi mangsa pedati kata berkali-kali
ribuan kali hati dunia ditikam peniti.

Hari ini, 31 Ogos, jadi merdeka sudahnya
merdeka yang memerdekakan
menghalimunankan jeriji
yang sejak Mei berkeluli. Diri jadi sunyi
melihat alam demi alam sonder hati.

Dengan mata, dilihatnya diri
daku hilang tapi tahu kerana Ilahi tahu
diri hubungi Rasul yang jauh mendekati
tersuaralah dan diri jadi diri mimpi
kemiskinan membelit diri, ujarnya
kepayahan jadi dinding amat tinggi
menutupi mata, hati jua cita-cita.

Kata suara diri, jadilah bijaksana
jangan miskin hingga tua, pilih diri siap jadi sarjana
cari cara, lukislah kehidupan sungguh-sungguh
wang yang menjauh pasti berebut sujud ke kaki
lukislah lukisan seni, sungguh-sungguh hati
hati yang pilu, hati yang kering pasti hidup kembali.

Dia terkira-kira waktu, nyata usahanya
mencari diriku kerana Ilahi pasti
dia kembali hidupkan hati kerana diriku
ialah diriku, yang kekal diriku sepenuhnya serupa dulu
Ilahi jadikan diri mukmin sepenuhnya
tiada dendam tidak juga membenci yang bukan Islam
diriku ialah diriku, amat sedar, selepas hidup, hidup
mahu diriku ikhlas menjemputnya ikhlas
ke langit nan tinggi temui Ilahi
tanyalah apa jua, adulah semua perkara
kehidupan ‘kan indah, keindahan itu mutmainah
wahai jiwa nan tenang, kata Ilahi, masuklah ke syurga-Ku
wajib bagiku, famili jua sahabat jadi ahli.

Daeng Ramliakil, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
31viii2009 Isnin 4.45pm

No comments:

Post a Comment